BAGAIMANA BOLEH TERKETAR-KETAR BILA DENGAR AYAT ALQURAN?

Selalunya, saya mewajibkan diri saya untuk membaca terjemahan Al-Quran kerana saya merasakan bahawa membaca tanpa memahami erti di sebalik ayat yang dibaca itu adalah sia-sia. Pada saya, ianya sangat menyeronokkan kerana Al-Quran sendiri seperti sebuah buku cerita atau buku sejarah, yang menceritakan banyak kisah samada kisah Nabi Musa, Nabi Ibrahim, kisah orang Yahudi, Hari Kiamat, dan pelbagai lagi. Ianya sangat seronok sehingakan saya sendiri boleh mendapat gambaran tentang kronologi-kronologi sejarah walaupun ianya bukan secara tepat. Bukan sahaja sejarah, malah saya dapat membaca banyak ayat tentang ilmu sains seperti penciptaan manusia dari air mani, pergerakan laut dan angin, pergerakan bumi, dan macam-macam lagi.

Satu persoalan bermain di dalam fikiran saya secara tiba-tiba!

Saya merasa seronok apabila membaca Al-Quran. Tetapi bagaimana untuk seseorang itu menangis, dan merasa takut sehingga menggigil apabila membaca Al-Quran? Kita lihat bagaimana reaksi orang Arab pada ketika turunnya ayat Al-Quran sehinggakan bila sampai ayat Al-quran kepada mereka, mereka terus berkata yang ini bukan dari manusia! Sejujurnya, bila saya lihat balik terjemahan, saya pun boleh buat ayat yang lebih kurang sama (di dalam bahasa melayu lar. . .). Apa beza ayat yang saya buat dengan ayat yang datang dari Allah? Mengapa bila orang Arab Badwi (ni kire arab kampung) dengar kalimah syahadah, mereka pun terus terketar-ketar? Seolah-olah ayat ini seperti membawa seribu makna.

Baru-baru ini, saya ada berbual dengan seorang sahabat yang begitu minat dengan sejarah. Minat sejarah beliau sehinggakan antara berak, dan buku sejarah, beliau akan memilih untuk mengemut dan membaca buku sejarah dahulu sehingga lupa nak berak. Sedang asyik berbual, kami masuk ke dalam topik mukjizat. Oleh kerana beliau belajar Bahasa Arab, beliau menceritakan betapa hebatnya Al-Quran, sehinggakan perkataan Basmallah sahaja mengandungi beribu perkara untuk disyarahkan *diceritakan. Kenapa mula dengan huruf ‘ba’? Kenapa Allah guna nama Al-Rahman dan Al-Rahim sedangkan nama Allah ada banyak lagi? Mengapa Al-Rahman dahulu baru Al-Rahim? Itu sahaja memerlukan satu kitab untuk kita fahami!

Saya tercengang. Begitu teliti mukjizat yang Allah turunkan. Oleh sebab itu, Allah menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa Al-Quran. Hal Ini demikian kerana, bahasa itu mampu menyimpan beribu mesej dan perkara di dalam satu ayat yang mudah. No wonder orang Arab boleh berpeluh-peluh, terketar-ketar dan menangis semasa ayat Al-Quran di sampaikan. Sebab mereka faham secara total, wahyu yang diturunkan. Tetapi, bagaimana pula mereka boleh faham Al-Quran sejauh itu? Bila tengok balik, ada je orang Arab yang macam tak faham Al-Quran langsung zaman ini? Adakah cukup dengan mengetahui bahasa Arab untuk kita terketar-ketar?

Eh? Satu lagi persoalan bermain di dalam fikiran.

Bagaimana mereka semua boleh rasa yang ayat Al-Quran yang diturunkan, bukannya ayat ciptaan manusia? Bila fikir balik, pada zaman Arab Jahiliah, mereka sememangnya kaya dengan budaya puisi dan syair. Begitu tinggi nilai sastera di dalam budaya orang Arab sehinggakan hampir semua orang Arab, mempunyai ilmu sastera yang sangat tinggi. Bayangkan orang Arab kampung pun boleh terketar-ketar bila mendengar syahadah, ini bermakna orang kampung juga mempunyai nilai bahasa dan sastera yang sangat-sangat tinggi. Ibarat, di dalam Malaysia, semua orang level A Samad Said. Apatah lagi A Samad Said? So, bila ilmu dan budaya sastera orang Arab ini berada di kemuncak, dan tiba-tiba Al-Quran yang jauh lagi hebat turun, ianya menjadi satu tamparan hebat kepada orang Arab itu sendiri kerana tidak pernah mereka mendengar syair dan kalimah yang begitu indah. Dan keindahan Al-Quran itu tidak akan dapat dirasai oleh mereka yang mempunyai level sastera dan bahasa yang cikai, walaupun mereka boleh faham bahasa Arab.

Bayangkan sekiranya Allah menetapkan akan ada satu lagi nabi yang diturunkan pada tahun 2020. Kita lihat pada tahun 2020, teknologi filem berada pada puncak kegemilangan. Sangat canggih! Semuanya nampak real. Bukan setakat itu, semua orang pandai buat filem. Orang yang duduk di kampung tanpa internet juga tahu dan pandai membuat filem. Begitulah gambaran betapa tinggi budaya dan kemajuan manusia di dalam bidang filem. Tetapi, pada tahun 2020, ada satu Nabi Ulwan yang turun membawa satu mukjizat di dalam bentuk filem. Filem itu punya agung sehinggakan semua filmmaker termasuk Steven Spielberg dan Christopher Nolan mengakui, yang filem itu datang dari tuhan dan bukannya buatan manusia. Bukan setakat filmmaker, orang kampung juga tahu yang filem itu datang dari tuhan dan bukan buatan manusia. Ini contoh sahaja. Jangan label saya sebagai Ayah Naz pula ya!

Avatar International
Filem yang dikatakan sangat canggih dan mendapat kutipan tertinggi setakat ini. Bagaimana sekiranya ada filem yang giler jauh lagi hebat berbanding filem ini?

Inilah contoh gambaran betapa hebatnya Al-quran. Sehebat-hebat orang Arab dari aspek bahasa, hebat lagi Allah! Al-quran bukan sahaja releven dan hebat hanya di dalam aspek sastera dan juga dalam kerangka zaman Arab Jahiliah, tetapi kekal releven sehingga ke hari ini untuk dijadikan sebagai petunjuk dan pedoman buat umat akhir zaman di dalam semua aspek dalam kehidupan. Hebat bukan?

Jadi? What`s Next? Jom rajin-rajinkan diri kita untuk membaca Al-quran beserta terjemahan. Ambil sedikit masa untuk membaca pula tafsir Al-quran walaupun hanya kadang-kadang, dan bukan selalu. Moga-moga ada ayat yang dapat kita faham sepenuhnya, dan menaikkan bulu roma kita, untuk kita pegang sehingga kita mati. Tidak perlu satu Al-quran. Cukup dengan satu ayat sahaja! Tidak perlu melanjutkan pelajaran di Mesir atau Jordan. Baca sahaja kitab tafsir atau hadirkan diri anda ke majlis ilmu. Senang bukan?

Pak Seipul. This is my story on 26 December 2004

Pak Sepul

The earthquake started at 8.00 a.m in the morning. Everyone came out from their house, but no one panic because we thought it would be the same as the usual earthquake. We went back to our house, cleaning up some mess caused by the earthquake. However, about 20 minutes later, I heard someone shouts about a big wave of tide is coming from the shore. Everyone went panic and trying to flee from their house. The moment the big wave came, I remembered nothing. I forgot about my wife and my kids. All of them were gone. All I thought at that moment was just to save my life. I questioned myself, is today the Judgement Day? Imagine the sea water coming from every corner of the streets, bringing along everything you can imagine like houses, bricks, vehicles and dead bodies. Not to mention the water was about 12 meter in height.

I was lucky to have one brick that help me float together with the water current. Then, out of sudden, I saw one child, trying to float, calling for my help. “Atuk, tolong!”. I tried to grab him at his collar and put him at my back. Then, the 2nd wave came. He suddenly disappeared from my back. I was struggling to float because there were so many debris that washed away with the water current. I got cut at my leg at that time. Somehow, I managed to get myself at the high ground, probably on a house. I cried, hoping and praying that Allah saved the boy, and alhamdulillah, he appeared again. I grabbed him and held him firmly at my side so that he would never sink again. He saw the cut at my leg. He took some cloth that float on the water and managed to stop my bleeding.

The boy then hugged me. He said that he might not see his parent again and he was willing to be my son. At that moment, I remembered my family again. I remembered I have a wife and children. I cried again, hoping and praying that they are all saved, although part of me felt that there was no hope in meeting them alive again. Maybe part of me already admit that it would be impossible. I was just hoping for the best. After a while, one woman came anf hugged the boy. I though it would be her mother, but she wasn`t. She said, “Let me take care of this boy. He is my sister`s son. I might lose my boys now, but I can take care of him”.

At 1.00 p.m, the water started to recede. We managed to hold ourselves until 3.00 p.m. Everyone was at panic. Many people didn`t find their family. I tried to find family again and alhamdulillah, they were all saved and sound on a coconut tree. I help them to go down from the tree. On that day, many children found their new families and their new parents. Many parents who lost their own son and daughter, adopted many children who has lost their families. Everyone gave their best, gather their courage and strength to start a new life although they knew that it would`t be easy.

Lesson learnt from the tsunami was the truth that will happen in the Judgement Day. Everyone will just think to save their own live. No one will remember anything about their family, or their moms, their children. Everyone was so panic, that they will forget their loved one just to save their life and that is exactly what will happen on the Judgement Day. This is only tsunami. It is not like Judgement day where everything turns into rubble. There will be no more earth.

Saiful bin Yusri, 53 years old
Kampung Lampulo, Acheh.
One of the 2004 tsunami survivors in Acheh.

Pok Soh!

Pok Soh!

Pok Soh. Another talent beside Mok Soh and Pok Mat! Same as Pok Mat, he was one of the subject for the photography class before. What do you think of this photo? It is actually taken under his house! *note that traditional house build on some  wood pillar to make it high. I`m not sure how many times he light up his cigar throughout the day. Usually, people, especially old people usually get bored easily when it comes to taking photograph of them *especially my grandma but Pok Soh have that energy to coorperate with us. He is really sporting and this is one of my so called masterpiece. Nothing much to tell anymore! After the class, we had ‘sup belut’ and ‘belut goreng berlada’ which was really delicious and it makes me drooling everytime I remember it.

#childrenofmalaysiaproject

Follow my Instagram : @nazirulhaziq93

PAK MAT! HISAP LAGI PAK MAT!

Pok Mat!

“Pok Mat! Do it again!”, said one of the photographers. I am still waiting my turn to take his picture.”Wait Pok Mat! Ok, you can blow it again, slowly and nicely”, said the other photographer. The photography class held by Abeless is actually one of the best photography workshop I`ve ever joined. Well it was actually my 2nd profesional workshop and I did learnt a lot from him. The important lesson was how to make the subject standout using lighting and dodge and burn technique in editing process. Abeless is actually one of the famous photographer in Malaysia. I`am gratefull my friend introduced this workshop to me.

Most of the other photographer went away to take another picture. Now is my chance to take mine. Pak Mat or Pok Mat (in Kalantanese Dialect) seem to run out of cigar. I am not sure if I wanted him to smoke again just to take his photo. Everyone knows smoking is bad for health.  I saw, Pok Mat already smoke a lot from the beginning of the workshop session. Everyone wanted to take his picture while smoking, and it required a lot of time and effort to take a good picture of him with a good shape of the smoke coming out from his mouth. I might be easy if he used vape instead of ‘rokok daun’. But I think he didn`t mind either. In fact, he was just enjoying his moment.

Luckilly he had his extra stock. He lighted up his ‘rokok daun’ and he smoked again without me asking him to do so. I guess that was my only chance. I set my camera with the best setting for close-up potrait, set up the composition I imagined, and wait for the precious moment. My eye already on the camera, waiting for him to exhale. Once, he did it, I quickly push the shutter button and violla! This is the best picture I got from him. Well planned photography always give me the best satisfaction. Imagine the picture you wanted to take, set the right setting of your camera you wanted and wait for the moment to come! You’ll never get the same moment twice! It is not just in photography. It applies in your life too. Never expect 2nd chance to come. Grab the opportunity once you have it, and strives for the best! Although you fail to get it, you`ll get the satisfaction because the effort you gave has its moment too.

Besides, I do not want him to smoke again just to take this picture!

#childrenofmalaysiaproject

Follow my Instagram : @nazirulhaziq93

Di mana semangat patriotik kita?

nazirulhaziq.com

Masih ingatkah kita pada masa dahulu, betapa meriahnya sambutan kemerdekaan negara kita apabila menjelang 31 Ogos? Saya masih ingat lagi betapa teruja dan gembiranya saya apabila saya ditemani atuk saya menyaksikan perarakan kemerdekaan di Segamat, Johor dahulu. Sudah tentu kanak-kanak seperti saya amat gembira dan teruja untuk melihat kereta-kereta dan jentera-jentera tempur yang dipandu oleh askar-askar yang sado semasa perarakan. Saya masih ingat pengalaman menyambut kemerdekaan semasa di sekolah rendah. Sambutan kemerdekaan yang diadakan di sekolah juga amat meriah. Setiap pelajar membawa bendera masing-masing untuk ke sekolah. Tidak mampu membeli bendera kain, bendera plastik gula-gula juga sanggup dibeli untuk memastikan kita tidak ketinggalan dan mampu berlagak dengan rakan-rakan yang lain *siap ada gula-gula lagi. Tidak cukup dengan itu, setiap pelajar pasti akan menghafal lagu-lagu kemerdekaan yang sentiasa berkumandang seperti Tanggal 31, Keranamu Malaysia, dan Jalur Gemilang. Bukan setakat menyanyi tetapi juga menjerit-jerit di dalam dewan semasa sambutan.

Tidak cukup sekadar itu, kemeriahan sambutan kemerdekaan juga dapat dirasai di luar kawasan sekolah. Mana tidaknya, setiap rumah akan memasang Jalur Gemilang dan juga bendera negeri masing-masing. Tidak cukup setakat itu, bendera-bendera juga dipasang dengan bangga di setiap kereta. Tidak cukup dengan bendera kecil, ada juga yang terus memasang kain bendera yang besar di bahagian bonet hadapan kereta. Ada yang membeli songkok bendera, dan ada juga yang yang paling rare, menjahit baju melayu dengan corak Jalur Gemilang. Walaubagaimanapun, semangat yang ada pada masa dahulu nampaknya sudah tidak ada pada masa ini. Kali terakhir saya melihat fenomena ini rasanya pada tahun 2008. Semenjak itu, setiap sambutan kemerdekaan menjadi semakin hambar. Mengapa ini terjadi? Ke mana perginya semangat tersebut? Adakah kita tidak lagi menyayangi negara kita? Atau kita tidak lagi bersyukur dengan kemerdekaan yang kita kecapi?

Rasa bangga hanya ada pada generasi bapa-bapa dan datuk-datuk kita!

Saya masih ingat lagi rakan saya pernah bercerita tentang pakcik beliau yang bekerja di MAS. Pada masa dahulu, beliau sangat berbangga kerana menjadi salah seorang kru di syarikat penerbangan Malaysia yang pertama. Mana tidaknya, Malaysia tidak pernah mempunyai syarikat penerbangan sebelum itu. Mungkin saya tidak merasa apa yang generasi bapa-bapa kita pernah rasa apabila Menara KL dan juga KLCC siap dibina. Ia menjadi satu kebanggaan sebagai rakyat Malaysia kerana mempunyai bangunan pencakar langit yang tertinggi di dunia. Pada masa itu, banyak lagi kejayaan-kejayaan yang Malaysia lakar menjadi buah mulut dan kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia. Proton juga merupakan antara buah mulut yang menjadi kebanggan rakyat Malaysia lebih-lebih lagi generasi bapa-bapa kita. Kita menjadi negara Islam pertama yang mengeluarkan kereta jenama nasional. Banyak lagi kejayaan -kejayaan yang dicapai samada dari sudut pemerintahan mahupun pencapaian individu. Dari kehebatan pasukan bola sepak dan pasukan badminton sehinggalah penubuhan syarikat-syarikat gergasi Nasional seperti Petronas dan lain-lain.

Berlainan dengan generasi datuk-datuk kita. Mengapa mereka begitu menghargai dan menyelami makna sambutan kemerdekaan? Kerana mereka sendiri pernah merasa hidup susah apabila berada di bawah pemerintahan penjajah. Bayangkan mereka tidak boleh menjadi tuan di tanah sendiri. Kekejaman tentera Jepun, ancaman komunis, dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan oleh pihak British semuanya memberikan pengalaman yang pahit kepada mereka. Apabila Tanah Melayu diisytiharkan merdeka, ia merupakan saat yang tidak boleh dilupakan kerana mereka tahu nilai di sebalik sebuah kemerdekaan tersebut. Cerita-cerita tentang keperitan hidup dijajah sentiasa diceritakan kepada generasi bapa-bapa kita menjadikan mereka juga dapat memahami dan merasai apa yang ibu bapa mereka rasai. Ditambah pula dengan kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh negara Malaysia, menjadikan mereka juga begitu berbangga dan bersemangat untuk menyambut hari kemerdekaan.

Apa yang boleh dibanggakan oleh generasi sekarang?

Generasi saya dan generasi adik-adik saya tidak pernah merasai keperitan hidup dibawah pemerintahan penjajah. Generasi kami juga tidak sempat untuk merasai kebanggaan yang pernah dirasai oleh bapa-bapa kita pada waktu dahulu. Kini, kami tidak mempunyai apa-apa yang signifikan untuk dibanggakan. Mungkin kami pernah merasai kebanggaan ini apabila angkasawan pertama berlepas ke angkasa pada tahun  2007. Masa berlalu semakin pantas. Apa yang telah dicapai oleh Malaysia pada zaman bapa-bapa kita kini mungkin tidak begitu signifikan untuk dibanggakan. Ingin berbangga dengan kereta nasional? Sedangkan Proton Saga yang paling murah itu juga telah mengikat hidup kami untuk berhutang dengan bank selama 9 tahun. Sudahlah kualitinya tidak setanding dengan kereta jenama luar negara. Ingin berbangga dengan Petronas? Apa yang boleh kami banggakan?

Fenomena JDT

Saya lahir di Johor. Kebelakangan ini, saya lihat, orang Johor sangat berbangga untuk menjadi rakyat Johor. Mana tidaknya, apabila mereka ditanya mereka orang mana, mereka akan jawab JDT dan bukan Johor. Mengikut pemerhatian saya, fenomena ini bermula apabila pasukan bola sepak Johor (Johor Souther Tigers) melalui satu fasa evolusi, dipimpin oleh Tunku Ismail. Banyak pembaharuan yang telah dibuat menyebabkan prestasi pasukan bola JDT meningkat sehingga ke tahap yang boleh dibanggakan dan menjadi buah mulut orang Johor. Saya yang tidak meminati bola juga sangat berbangga dengan kejayaan yang dikecapi. Ditambah pula dengan kerabat diraja Johor yang dilihat begitu proaktif dalam usaha menjadi akrab bersama rakyat Johor, rakyat Johor akhirnya mempunyai sesuatu untuk dibanggakan. Saya boleh katakan yang semangat kenegerian orang Johor antara yang tinggi dan boleh menandingi orang Kelantan.

Pokoknya, mereka mempunyai satu perkara yang membuatkan mereka rasa mereka sebenanya orang Johor. Nampak tak betapa walaupun ia mungkin dianggap remeh, langkah ini memberikan satu impak yang sangat besar kepada orang Johor. Kenapa tidak fokus kepada pembinaan modal insan di dalam sektor keusahawanan? Kenapa tidak fokus kepada pembangunan? Bukankah banyak lagi perkara penting yang boleh diusahakan olah pemerintah negeri Johor? Siapa sangka dengan kemajuan pasukan bola, mereka mampu mengubah negeri Johor? Tahniah diucapkan kepada Tunku Ismail. Ingin rasanya untuk bersembang-sembang minum kopi dengan beliau. Saya menantikan banyak lagi perkembangan dan kemajuan yang dibawakan oleh Tunku Ismail pada masa akan datang.

Apa yang perlu kita lakukan?

Berbalik kepada persoalan utama. Apa yang boleh kita banggakan sebagai rakyat Malaysia pada masa ini? Apa yang saya lihat, kita semua berada di dalam keadaan yang sangat tertekan. Ditambah dengan kos sara hidup yang tinggi, harga rumah yang tinggi, pinjaman hutang pembiyaan pengajian, belum lagi mengambil kira faktor-faktor lain seperti isu ketelusan dalam pemerintahan, sikap pemerintahan yang kadangkala dilihat sebagai lucu tidak bertempat, racism yang cuba disemai oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, persaingan tidak sihat tidak kira dalam pelajaran, pekerjaan mahupun keusahawanan, kesemuanya menjadikan generasi saya dan adik-adik saya putus harapan dan tidak berani untuk maju kehadapan. Tidak berani untuk mengambil risiko, tidak berani untuk bercita-cita tinggi, tidak mahu untuk berbakti kepada masyarakat dan hanya memikirkan tentang survival hidup diri sendiri yang dilihat sangat-sangat mencabar. Ditambah pula dengan ibu bapa yang dilihat cuba menakut-nakutkan generasi saya dan adik saya supaya tidak mengikut impian, sebaliknya mengikut apa yang mereka rasakan sebagai selamat dan menjamin kebahagiaan. Semua ini sedikit sebanyak menjadikan semangat bangga kita (generasi muda) sebagai rakyat Malaysia akhirnya luntur.

Pendapat saya, perlunya kita sebagai rakyat Malaysia berusaha membawa perubahan tidak kira kepada diri sendiri mahupun perubahan kepada masyarakat dan negara. Kita mesti cari dan cipta, sesuatu perkara yang boleh kita banggakan bersama-sama. Setiap di antara kita perlu menggalas tanggungjawab untuk sentiasa memberikan yang terbaik dalam apa yang kita buat. Kita perlu mencari cara bagaimana untuk kita berbakti kepada masyarakat dan juga negara. Teruskan mencari, dan anda pasti akan jumpa jalannya. Sentiasa memaksimakan potensi diri, dan jangan takut untuk mencuba sesuatu perkara yang baru. Saya yakin, generasi baru akan membawa banyak kemajuan dan pembaharuan dalam segenap perkara sekiranya kita berfikiran positif dan berusaha untuk mengambalikan semangat  patriotisme yang telah lama hilang.

Saya menulis artikel ini bukan bertujuan untuk menyalahkan sesiapa, tetapi hanya memberikan pendapat tentang apa yang boleh kita usahakan dalam menjadikan negara Malaysia satu negara yang boleh kita banggakan di mata dunia. Setidak-tidaknya, kita berasa selesa dan gembira untuk tinggal di tanah air sendiri. Berhentilah untuk menyalahkan sesebuah institusi, individu, mahupun pemerintah. Kita mempunyai cara kita sendiri untuk membawa perubahan kepada masyarakat. Kita mampu membawa perubahan. Kita sendiri mampu mengubah negara kita. Jom menjadi Changemaker, dan bawa inovasi kepada masyarakat dan negara.

Saya sayang Malaysia. Apa pendapat anda? Jom kongsikan pendapat dan buah fikiran anda di ruangan komen!